Apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan bahawa coklat Cadbury sebenarnya halal dimakan, ramai menarik nafas lega sekaligus mengakhiri isu sensitif ini.
Begitu pun, hal ini telah memberi impak yang amat dahsyat kepada syarikat Cadbury.
Selain mengalami masalah keyakinan pengguna, produk syarikat ini sudah tentu terjejas teruk jualannya.
Dari segi lain yang untung pengguna juga. Seperti diketahui harga cokelat bukan murah tapi gara-gara isu DNA babi, coklat Cadbury dalam gambar yang berlegar di laman sosial ini cuma RM1 sahaja.
Kalau tak sebab isu ini mana dapat harga macam ini untuk sebongkah cokelat sebesar ini kan?
Cuma itulah, cuma mereka yang sudah hilang perasaan was-was sahaja yang sanggup membelinya…
No comments:
Post a Comment