Wednesday, 18 June 2014

Isteri curang ditemui bogel dalam bilik ditetak oleh suaminya


Isteri curang ditemui bogel dalam bilik ditetak suami


ALOR SETAR: Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini.

Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu.

Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.

Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.

Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.

Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.



mStar / myMetro – Gambar hiasan sahaja

No comments:

Post a Comment