Friday, 6 June 2014

Kanak - Kanak Berusia 9 Tahun Dibayar Pampasan RM2.7 Juta Sebagai Bayaran Kecuaian



Kerana kecuaian ketika dilahirkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mengalami kecacatan otak menerima ganti rugi berjumlah RM2.9 juta sebagai penyelesaian daripada kerajaan dan 29 yang lain, menurut laporan Harian Metro.

Nurul Husna Muhmmad Hafiz yang dilahirkan pada 22 Julai 2005 melalui bapanya, Muhamad Hafiz Abd Wasit sebagai plaintif sebelum ini memfailkan saman terhadap kerajaan, 21 orang doktor dan lapan jururawat Hospital Selayang sebagai defendan.

Ia berikutan akibat kecuaian defendan, Nurul Husna mengalami kecacatan otak yang teruk dan tidak boleh dipulihkan.

Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna ketika ditemui berkata, kanak-kanak itu menerima ganti rugi khas (RM345,031.90), ganti rugi pra bicara (RM151,330), ganti rugi am (RM350,000) dan ganti rugi masa depan sebanyak RM1,937,810. Selain itu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM213,864 kepada plaintif.

No comments:

Post a Comment