Wednesday, 18 June 2014

Farhan menafikan dia didera Abby, media besarkan cerita?


Farhan nafi didera Abby, media besarkan cerita?


Berikutan isu bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang mendakwa didera, dicakar dan dibaling kunci hingga berdarah… Mesej terkini daripada Farhan untuk bekas isterinya, dia menafikan ada menceritakan hal itu pada media.

Kata Farhan, “Saya tak cakap saya didera. Maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Takpa la, semua salah saya je ok!”

Berikut adalah komen Abby pula mengenai kontroversi tersebut.



“Assalamualaikum Sahabat2ku… Bersedia utk Maghrib Jom! Sebelum tu pd yg menghentam/ mencaci maki Sy ikut selera masing2 tu.. ni msg dr Farhan. Ini yg terakhir Sy nk jelaskan yg tiada berlaku penderaan ke atas dia ye… TIADA. Ambil wudhuk awal jom… Sejukkan hati tu….. Hari ni hari Sy… Esok2 hari siapa pun kita taktahu lagi kan? Jadi beringat2lah k. Seronok sangat dengan apa yg menimpa org lain tu, kalau awk tertimpa pulak nnti mcmana?

“Apapun keadaan, Sy tetap sayangkan dia kerana dia pernah membahagiakan Sy. Bukan ini yg Sy inginkan… Doakan yg terbaik utk masa depan kita semua ye….. Akhir zaman! Segalanya berkemungkinan,” ujar Abby lagi.

Namun persoalannya sekarang, benarkah media yang sengaja menambah cerita atau Farhan cuba berdalih untuk mengelak pertanyaan ‘berani’ Abby itu? Jika media mengadakan cerita, dari mana mereka mendapat gambar-gambar ‘cakar’ dan ‘dibaling kunci’ itu?

Jawapannya… doakan yang terbaik untuk keduanya. Damailah hendaknya…



Sumber ihsan blog myArtis

No comments:

Post a Comment