Sunday, 22 June 2014

‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’ ibu kepada remaja (OKU) yang dikurung berkata


‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’


Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria, Ikram Ismail

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.


Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ibu direman empat hari untuk siasatan kes remaja orang kelainan upaya (OKU) yang dikurung sehingga kering



Ibu direman empat hari


Oleh Nurul Huda Kosnon

Nilai: Seorang wanita yang dikenali sebagai Lola, 40, iaitu ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Nilai, semalam, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ibu remaja terbabit akan direman empat hari sehingga Rabu ini.


"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak, Nilai bagi mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.

Saturday, 21 June 2014

Pelacur jalanan cilik untuk peminat bola...


Pelacur jalanan cilik


Susunan Siti Salmiah A Hamid

Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu.

Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran.



PELACUR kanak-kanak mengerumuni dua pekerja amal dakwah.

Seksa akibat tercekik telefon bimbit - jadi bahan lawak plak


Seksa tercekik telefon bimbit

Klerksdorp, Afrika Selatan: Insiden seseorang menderita kerana tercekik memang bukan sesuatu yang aneh, tetapi apa yang berlaku di Afrika Selatan ini boleh dianggap luar biasa.

Satu rakaman video dimuat naik di Internet menunjukkan sepasukan kakitangan perubatan berusaha mengeluarkan objek besar - yang kemudian dikenal pasti sebagai telefon bimbit - dari tekak seorang lelaki malang.

Video dirakam di sebuah hospital di Klerksdorp itu menunjukkan lelaki terbabit terbaring dan sukar bernafas ketika doktor menggunakan penyepit besi menarik objek yang menyekat kerongkongnya itu.

Tanpa mengetahui apa sebenarnya objek berkenaan, pasukan perubatan yang bertugas jelas terkejut dan tidak kurang juga ada gagal menahan ketawa apabila mendapati ia adalah telefon bimbit.

‘Syukur ini rezeki saya’ kata Yatt Hamzah

‘Syukur ini rezeki saya’

Oleh Nor Akmar Samudin

Dilamar pihak TV3 untuk mengacarakan program Al-Hidayah bagi mengganti pengacara sebelum ini iaitu Wardina Saffiyah adalah peluang tidak diduga buat Yatt Hamzah.

Lebih-lebih lagi apabila dia hadir ke uji bakat program agama itu dalam keadaan tidak begitu bersedia kerana kesibukannya menguruskan butik miliknya Suci by Yatt Hamzah dan menghadiri program lain.

“Mereka yang panggil saya untuk mencuba nasib dalam uji bakat itu dan dalam kesuntukan waktu saya tidak dapat membuat persediaan selengkapnya. Saya memang tak yakin lebih-lebih apabila melihat orang lain yang turut mencuba nasib semuanya hebat-hebat belaka.

Perkahwinan yang paling singkat


Perkahwinan paling singkat


Oleh Norhayati Nordin & Ridzuan Abdul Rahman

Pertemuan dan perpisahan adalah sinonim dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan soal jodoh yang sukar diramalkan.

Apa yang pasti, walau apa pun berlaku kehidupan harus di teruskan. Selagi masih hidup pencarian ‘cinta’ takkan berakhir.

Meskipun perkahwinan dibina ternoktah dalam tempoh singkat, pandangan ke arah yang positif dan sentiasa ingat bahawa kebahagiaan yang berakhir dengan perpisahan itu tidak selamanya berterusan gagal.

Kalau dilihat pada kehidupan bintang dan selebriti Hollywood, ‘cinta’ pada mereka bagaikan tiada apa-apa makna dan yang patah itu dengan mudah diganti baru.

Jaja cinta lagak pegawai jerat mangsa kahwin


Jaja cinta lagak pegawai

Oleh Salman Hamat dan Azma Razana Johari

Nibong Tebal: Harapan seorang guru sekolah agama berumah tangga lebur apabila kekasih disangka bakal menjadi teman hidupnya menjeratnya hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM40,000 akibat dikikis lelaki pisau cukur berkenaan.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan mula berkenalan dengan lelaki berkenaan melalui laman sembang sosial WeChat sejak lima bulan lalu dan jatuh hati dengan kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menyedari mangsa mula kemaruk cinta, suspek mula memasang perangkap termasuk mencipta alasan mempunyai beban hutang yang perlu dilangsaikan, sekali gus kerap meminta wang dan mengikis wanita terbabit.

Foto ‘panas’ Nora Danish


Foto ‘panas’ Nora

Oleh Amirul Haswendy Ashari

Kuala Lumpur: “Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up’ bra?” sindir aktres jelita, Nora Danish selepas fotonya berbaju-T ketat yang dimuat naik ke laman Instagramnya mendapat perhatian ramai.

Pada komen mengenai foto itu, blog hiburan dan peminat membuat spekulasi Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Haniff, 32, melakukan suntingan semula untuk membuatkan payudaranya tampak lebih besar.

Foto itu kemudian menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.

Friday, 20 June 2014

Panggilan maut diwaktu tengah malam


Panggilan maut tengah malam

Oleh Omar Osman

Sungai Petani : Seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal maut selepas ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, M Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Difahamkan, mangsa pergi ke taman perumahan berkenaan seorang diri selepas menerima panggilan daripada rakannya meminta mangsa datang ke situ.

kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) Dikurung sampai kering

Dikurung sampai kering

Oleh Mohd Khidir Zakaria

Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dianggarkan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Thursday, 19 June 2014

Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Merampas Suaminya


Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Rampas Suami


Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Rampas Suami | Pelakon Nora Danish dituduh sebagai perampas suami orang. Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa kekasih Nora sekarang iaitu Nedim pernah berkahwin dan memilki seorang anak dipanggil Dre.Difahamkan, kontroversi ini bermula apabila Nora memuat naik sekeping gambar bersama Nedim dan anak-anak mereka seperti sebuah keluarga bahagia tempoh hari.

Berita Palsu Esther Yeam Hina Islam Di Facebook, Status “screenshot’ yang mengunakan nama dan gambar Esther Yeam dipercayai telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu


Berita Palsu Esther Yeam Hina Islam Di Facebook



Berita Palsu Esther Yeam Hina Islam Di Facebook | Berita palsu Esther Yeam hina islam di Facebook. Status yang mendakwa Esther Yeam menghina bulan Ramadhan adalah tidak benar sama sekali.

Kerana Terpaksa Aku Relakan: Perebutan cinta diantara adik-beradik




Dia boleh dikatakan antara pengarah baru berkaliber dalam setiap drama arahannya. Tidak keterlaluan dikatakan Azma Aizal Yusoof antara pengarah yang sering berfikir di luar kotak kerana apa yang digambarkannya kadang kala tidak terfikir oleh orang lain.

Ditemui pada sesi penggambaran drama terbaru arahannya berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan yang sudah pun mengisi slot Akasia TV3 sejak 21 Mei lalu, Azma akui ini kali pertama dia diberi tanggungjawab menghasilkan drama yang diadaptasikan daripada novel.

“Kalau diikutkan, pengarah asal drama ini bukanlah saya. Sepatutnya penggambaran sudah bermula sejak tahun lalu namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya akhirnya diberi tanggungjawab menggalas tugas mengarahkan drama 28 episod ini.

“Kalau diikutkan saya bukanlah seorang penggemar novel seperti kisah ini. Jiwa saya lebih ke arah novel psikologi. Bagaimanapun, saya tetap memahami jalan cerita novel karya Umie Nadzimah ini untuk memikul tugas ini.

Sanggup Tak tidur 3 hari 3 malam kerana ingin tonton Piala Dunia punya pasal

Shanghai: Seorang peminat bola sepak di China mati akibat serangan jantung kerana dipercayai berjaga selama tiga malam berturut-turut untuk menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2014.

Zhou Meng, 39 rebah di atas sofa selepas diserang sakit jantung ketika menonton perlawanan antara pasukan Uruguay dan Costa Rica, Sabtu lalu.

Dia sebelum ini dikatakan berjaga sepanjang malam pada Khamis dan Jumaat untuk menonton siaran langsung liputan perlawanan itu yang diadakan di Brazil dan bekerja pada siang hari.

Zhou dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri tetapi disahkan mati beberapa jam kemudian.

Lelaki dengan berat 248kg, kali pertama keluar rumah

Shenyang (China): Seorang lelaki yang berat 248 kilogram buat pertama kali dalam masa tiga tahun keluar dari apartmennya selepas anggota bomba mengangkatnya mengguna cadar.

Hang Hang, 20, tidak mampu meninggalkan rumahnya di wilayah Liaoning kerana saiz terlalu gemuk.

Hang yang ketagih makanan bergula seperti pankek, akhirnya berjaya keluar dari rumahnya dengan bantuan anggota bomba.

Untuk mengangkatnya keluar, dia dibawa turun dengan mengguna cadar tebal menerusi tangga dan diangkat oleh sembilan anggota bomba.

Wednesday, 18 June 2014

Farhan menafikan dia didera Abby, media besarkan cerita?


Farhan nafi didera Abby, media besarkan cerita?


Berikutan isu bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang mendakwa didera, dicakar dan dibaling kunci hingga berdarah… Mesej terkini daripada Farhan untuk bekas isterinya, dia menafikan ada menceritakan hal itu pada media.

‘Isu Bikini’ Maria Farida Anggap Pengikut Instagram Berfikiran Kotor


Maria Farida Anggap Pengikut Instagram Fikiran Kotor ‘Isu Bikini’


Isteri curang ditemui bogel dalam bilik ditetak oleh suaminya


Isteri curang ditemui bogel dalam bilik ditetak suami


ALOR SETAR: Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini.

Tuesday, 17 June 2014

Awie menyesal buat album lagu dengan KRU kerana sekadar melepaskan batuk di 'Tangga'


                 Awie menyesal buat album lagu dengan KRU

Memetik laporan mStar, Awie mengakui dia berasa menyesal sebeb bekerjasama dengan syarikat KRU Music Group di dalam pembikinan album terbaharu mereka hasil terbitan syarikat itu. Ianya berpunca daripada isu album 'Menakluk Kosmos' yang dicetak rompak, namun tidak ada maklum balas dari pihak KRU itu sendiri.

Syafiq Kyle nafi ada hubungan dengan Uqasha Senrose, Syafiq bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah teman biasa


Syafiq Kyle nafi ada hubungan dengan Uqasha Senrose


"SAYA bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan," tegas pelakon baru Syafiq Kyle tentang kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.

Monday, 16 June 2014

Kini Kenyataannya makan diri dengan membuat kenyataan 'Bertudung tak wajid' Raja Azmi kini dah bertudung


Kenyataan makan diri, Raja Azmi kini bertudung


Dulu, Raja Azmi ada membuat membuat kenyataan yang bertudung tu tak wajib sangat, bila ada majlis-majlisa agama je. Sekarang, Alhamdulillah, dia sudah memakai tudung sepenuhnya.

6 Gambar Aeril, Wawa Zainal terkini dan terbarunya


6 Gambar Aeril, Wawa Zainal terkini


 
Pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ditemui ketika sambutan ulang tahun ke-30 TV3 yang berlangsung baru-baru ini di Sri Pentas. Aeril yang ditemui menjelaskan anaknya kini di dalam penjagaan yang ketat, pihak media dan majalah yang mahu mengambil foto nya tidak dibenarkan sama sekali.

Mak Fasha Sandha berang dengan Nora Danish? Apa sebabnya ?



Mak Fasha Sandha berang dengan Nora Danish?


 
Dengarnya emak kepada aktress, Fasha Sandha sedang tak senang duduk apabila laman sosial palsu telah menggunakan namanya sebagai tiket untuk memanipulasi pengikut di Instagram.

Fahrin dilamar oleh seorang ibu yang ingin anaknya bercinta dan seterusnya kahwin dengan Fahrin!!!


Fahrin dilamar oleh seorang ibu untuk anak perempuannya..

Memetik sumber portal Utusan semalam, Fahrin Ahmad kini dalam proses mencari cinta baharunya. Namun terdapat kisah pelik yang menyelubungi kehidupan Fahrin di dalam mencari cintanya itu.

Saturday, 14 June 2014

Erin tampil mengesahkan dirinya akan bertunang dengan jejaka yang dikenali pada 21 Jun ini.


Erin Malek Sah Bertunang 21 Jun Ini!

Ha, masih ingat lagi tak berita mengenai pelakon drama ‘Misiku Kuza’ Erin Malek yang dikatakan bakal bertunang dengan kekasihnya yang dikenali melalui laman sosial semalam?

Artikel Berkaitan: Erin Malik Bakal Bertunang Minggu Depan?

Hari ini, melalui laporan mStar Online, Erin tampil mengesahkan dirinya akan bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai Farriz Fauzy pada 21 Jun ini.

Menurut Erin, majlis pertunangan itu dibuat atas permintaan ibu bapanya yang mahu dia bertunang sebelum berkahwin. Maklumlah, Erin kan anak pertama dalam keluarga.

Tak Payah Buka Lagi Pekung Rumahtangga Awak – Bekas Wartawan Tulis Nota Khas Buat Abby Abadi !!!

Share the post "Tak Payah Buka Lagi Pekung Rumahtangga Awak – Bekas Wartawan Tulis Nota Khas Buat Abby Abadi"

Hurm.. rasanya masing-masing mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu perceraian Abby Abadi dan bekas suaminya, Farhan.

Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apatah lagi kini kisah perceraian mereka semakin menjadi perhatian media dek kerana isu Abby yang didakwa memukul suaminya.

Artikel Berkaitan: Tak Berlaku Penderaan Ke Atas Dia – Abby Abadi Tunjuk Bukti Tak Cederakan Bekas Suami

Semalam, seorang wanita bernama Fauziah Samad yang juga bekas wartawan telah menulis nota khas buat Abby menerusi blog Dapur Kak Jee miliknya.

Gelagat-Gelagak lucu yang terjadi di sekolah


Gelagat lucu di sekolah



Kisah Kehidupan Misha Omar yang dialami setelah bergelar isteri (gambar dengan suami)


Kehidupan Misha Omar setelah bergelar isteri (gambar)


Sebulan mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, Misha Omar akui agak rugi kerana kahwin pada usia lewat namun percaya jodoh dan rezeki itu ketentuan Allah SWT.

Selain dariapda itu perancngan terhadap keinginan mempunyai anak juga menjadi satu harapan yang bulat-bulat diserahkan kepada Allah SWT.


”Bukanlah saya menyesal kahwin lambat. Tapi saya percaya ada hikmahnya. Ini di luar kuasa kita. Jodoh bukanlah keputusan kita sama juga macam anak, cepat atau lambat, seronok kahwin, ada kawan. Kadang-kadang rasa macam ada abang, ada ayah,”

RM100,000 lebih tuntutan Rita Rudaini kepada Aidil Zafuan dalam perbicaraan

RM100,000 lebih tuntutan Rita Rudaini kepada Aidil Zafuan

Kes mahkamah kali ini masih lagi bersangkut paut mengenai kes perceraian namun lebih kepada penjagaan hak selepas penceraian iaitu diantara Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan.

Menurut laporan Murai, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menetapkan perbicaraan penuh mengenai tuntutan nafkah tertunggak yang dianggarkan melebihi RM100,000 pada 30 September akan datang.

Chef Wan komen isu pasal babi yang tengah hangat diperkatakan

Chef Wan komen isu pasal babi

Jom baca apa kata chef Wan mengenai babi. ye la, kadang2 kita lupa yg Malaysia ni bukan cuma ada orang islam ada juga orang agama lain selain dari islam. Bila kita pandang hina pada makanan orang agama lain secara terang-terangan mungkin ada hati mereka yg rasa terluka. Memang la babi tu haram untuk kita makan tapi jangan la kita menghina dan pandang macam mereka yg makan babi ni sangat jijik. Itu kan makanan mereka. kita pun ada makanan kita yg diorang tak makan tapi tak de pun diorang nak hina teruk sangat kan. kalau diorang buat macam tu mau melatah la semua orang melayu islam ni. -gambar eastwoodphotography.photoshelter.com

Itu bukan suami saya! -Ayu Raudhah memberi penjelasan...


Itu bukan suami saya! -Ayu Raudhah

Berlaku sebuah gosip yang cuba menhancurkan mahligai Zaquan Adha dengan isterinya, Ayu Raudhah. Apabila sebuah blog mendedahkan Zaquan bermain kayu tiga di sebuah laman sosial mobile, Wechat.

Friday, 13 June 2014

(8 gambar) Uqasha Senrose akui kini sedang belajar memakai tudung...


Uqasha Senrose akui belajar memakai tudung (8 gambar)

Syukur, sepertinya Uqasha Senrose mahu berubah ke arah ingin bertudung, ini dibuktikan lagi dengan beberapa gambar beberapa minggu ini yang dia bertudung.

Memetik portal Gua, Uqasha akui kini dia sedang belajar perlahan-lahan untuk ikhlas memakai tudung dan bukan kerana terpaksa.

Pakai je tudung tu Uqasha, ajal maut tak kira hari ini atau besok lusa.

"Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini,"

"Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya," -Uqasha

Sofi Jikan memohon maaf sebab....

Sofi Jikan minta maaf sebab..

Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suata ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.

Nama anak Liyana Jasmay adalah... Dengan gelaran 'Baby S'.


Nama anak Liyana Jasmay adalah...


Menurut portal GUA, Liyana Jasmay kini berpantang secara tradisional dan akan dipantau oleh bidan bertugas selama 44 hari (6 minggu) seperti pemakaian bengkung dan penggunaan jamu dilakukan. Dia yang selamat melahirkan anak perempuan pada 13 Mei lalu masih lagi tidak memuat naik gambar anak sulungnya itu di laman sosial Instagram.

Keluar kenyataan tentang Farhan Seorang Pembohong ! - Abby Abadi


Farhan seorang pembohong! -Abby Abadi


 
Sangat tidak menghairankan apabila Abby Abadi mengomen pasal kenyataan bekas suaminya, Farhan yang mendakwa dicedarakan oleh Abby Abadi semasa mereka bergelar suami isteri.

Gelagak Kesempatan Selfie Walaupun Hendak Bunuh Diri...

Berkesempatan Selfie sebelum mahu bunuh diri

Ketahui Adik Nabila Huda yang korang tak tahu yang cun ini...


 
Dengarnnya Nabila Huda ada adik kandung yang kini berusia 16 tahun. Namanya Shsha atau nama betulnya, Irisha Myra Suhaimi. Namun mengikut sumber, adiknya ini tinggal di Texas, Amerika Syarikat. Dan jarang kita dapat melihat merke bersama bergambar, dan difahamkan hanya 3 kali berjumpa dengan ayahnya, Amy Search.

Shasha dan Nabila adalah adik beradik dari ibu yang berlainan. Nama ibu Nabila ialah Faridah Fadzil iaitu isteri pertama Amy Search dan ibu Shasha ialah Roslisa Ahmad, isteri ketiga Amy Search.






10 Gambar Jihan Musa kini penampilan dan bentuk fizikalnya juga menjadi tambah cantik dan anggun


Jihan Musa ni merupakan pelawak wanita yang jarang kita lihat di kalangan selebriti yang lain. Dia satu-satunya peserta Raja Lawak yang kini menampah nama dalam arus anak seni.

Kemunculannya satu masa dahulu agak-agak biasa, kini sudah mendapat anugerah pertamanya di ABPBH 2013 dengan mengondol kategori Artis Komedi Wanita Popular, namanya kian disebut-sebut.

Bahkan penampilan dan bentuk fizikalnya juga menjadi tambah cantik dan anggun. Wah rasanya tidak sesuai lagi jadi pelawak ni, sesuai jadi heroin Malaya. :) -gambar instagram.com/jihanmuse

Imej yang berontak gadis dengan kehadiran pelik !



BERMODALKAN skirt kembang ala bakul dengan lapisan renda beropol, rekaan pelik itu diserlahkan lagi dengan solekan luar biasa yang terpalit pada wajah gadis berimejkan stail Lolita.

Dua dekad lalu, Lolita hanya dikategorikan sebagai fesyen jalanan. Hari ini, ia berevolusi dengan kewujudan beberapa jenis stail Lolita.

Sweet Lolita, Classic Lolita, Punk Lolita, Wa Qi Lolita, Dandy Lolita dan Gothic Lolita merupakan antara kategori yang terkandung dalam cabang fesyen Jepun itu.

Seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Mina mendedahkan bahawa dirinya sebagai pengikut imej Black Lolita, yang sedikit berbeza dengan penampilan pengikut Lolita ortodoks.

Gadis dari Tokyo itu memberitahu, Black Lolita membawa imej suram serta mengetengahkan gabungan stail Sweet Lolita dan Gothic Lolita.

"Sweet Lolita banyak menggunakan fabrik berbulu termasuk haiwan yang diawet dan telinga arnab palsu. Gothic Lolita pula lebih menegaskan kepada penggunaan reben hitam, renda, mutiara dan satin.

Thursday, 12 June 2014

Makan hati kekasih teman wanita kerana cemburu !

Cape Town: Seorang lelaki yang cemburu, menikam kekasih baru teman wanita, memotong mayat mangsa dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.

Polis bergegas ke tempat kejadian di sebuah rumah di bandar Gugulethu, di sini semalam selepas menerima aduan daripada jiran yang ketakutan. “Di tempat kejadian, mereka menemui suspek, warga Zimbabwe, sedang asyik memakan hati mangsa dengan mengguna pisau dan garpu,” kata jurucakap polis Frederick van Wyk kepada akhbar Cape Times.


Wanita yang menjadi tumpuan dalam cinta tiga segi itu memberitahu polis, kekasih lamanya datang ke rumah yang didiaminya bersama kekasih baru dan mereka berbual sebelum dia memberinya duit dan menyuruhnya membeli arak.

Tak sempat bentang permaidani, dia pergi dulu !

Oleh Nur Saliawati Salberi dan Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Seorang ibu tidak menyangka anak perempuannya berusia tujuh tahun maut terjatuh dari balkoni tingkat enam kediaman pangsapuri didiami ketika dia pergi ke kedai berhampiran.

Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, mangsa Nur Alisya Mohd Rafiq yang tinggal di rumah bersama abang dan kakaknya berusia lapan dan 10 tahun ditemui orang ramai terjatuh di tingkat bawah Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28 di sini.

Ibu mangsa, Nur Suzana Abdullah, 38, berkata, tragedi itu hanya disedari ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai berhampiran pangsapuri itu.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat sekumpulan penduduk mengerumuni ‘sesuatu’ di pekarangan kawasan kediamannya.

Jom Ketaui Dan Tengok Ketam gergasi !



Seekor ketam gergasi Tasmania yang ditangkap nelayan Australia pada bulan lalu sepatutnya dimasak, namun takdir menyebelahinya apabila sebuah akuarium di sini bertindak membelinya pada harga 3,000 pound (RM14,723).

Selepas 29 jam diterbangkan dari Australia ke London dan dikuarantin selama dua minggu, ketam gergasi diberi nama Claude itu telah bersedia untuk dipamerkan kepada orang ramai di London.

Claude menjadi ketam terbesar yang pernah dipamerkan di United Kingdom dengan berat 6.8 kilogram dan cangkerangnya setebal 38 sentimeter, cukup untuk membuat sebanyak 160 kek ketam.

Bila Negro Nigeria Mula Mengrekrut Awek Malaysia Untuk Dijadikan Gro Di Luar Negara!



TOKYO – Kegiatan maksiat terancang dianggotai ejen yang terdiri daripada warga Nigeria di Kuala Lumpur menawarkan pekerjaan kepada golongan wanita di negara ini sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada ekspatriat Jepun dan asing di sini.

Beroperasi dari daerah panas, Ropponggi dan Kabukicho, ejen tersebut yang dikenali sebagai Gagak Hitam menawarkan gadis-gadis Malaysia berumur 25 tahun ke bawah pendapatan sebanyak ¥50,000 (RM2,000) bagi perkhidmatan sebagai pengiring selama 24 jam.

Salah seorang ejen ‘Gagak Hitam’ ketika didekati The Star di Ropponggi, Jumaat mendakwa dia boleh mengatur temu janji dengan GRO Malaysia sama ada dari Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Teknologi Termaju Dengan Kereta halimunan yang pertama di dunia


SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933. Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta James Bond yang terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.

Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.

Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!

Mungkin inilah sebabnya, sebuah syarikat pengeluar kereta mengambil keputusan membina kereta halimunan sebagai satu cara mempromosikan kenderaan dengan bahan api baru yang tidak membebaskan gas rumah hijau.

Wednesday, 11 June 2014

kucing jantan bernama Louis Vuitton (LV) Untuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ‘Kucing diraja’

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: Seekor kucing jantan bernama Louis Vuitton (LV) akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang dijangka merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) 2014, Sabtu ini.

Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid berkata, kucing jenis ‘Maine Coon’ yang dibawa khas dari Estonia itu adalah hadiah daripada KKM dan Perbadanan Putrajaya (PPj) khas untuk pasangan diraja berkenaan.

“Kucing terbabit dibawa masuk sejak September 2003 dan dijaga rapi oleh saya sendiri bagi memastikannya sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang penyakit sebelum diserahkan kepada pihak istana.

“Ini adalah hadiah khas daripada KKM dan PPj sempena FLORIA Putrajaya tahun ini sebagai menghargai kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong merasmikan festival tahunan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tu Dia ‘Calon isteri’ Sampai RM72,000 !

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat: Dulu dia seorang eksekutif dengan pendapatan bulanan memuaskan, tapi kerana cinta palsu lelaki ini menggadaikan semua barangan berharga miliknya mencecah sehingga RM72,000 bagi memastikan majlis perkahwinan yang dirancang bersama ‘wanita’ berlangsung meriah dan lancar.

Namun akibat tidak memeriksa latar belakang ‘wanita’ berkenaan, lelaki berusia 34 tahun ini berputih mata apabila mengalami kerugian kerana wang yang dikumpul untuk majlis perkahwinannya itu lesap selepas tertipu watak wanita berkenaan yang sebenarnya tidak wujud dan ‘dilakonkan’ kenalan lelakinya sendiri.

Lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis berkata, dia menerima beberapa SMS pada Februari 2011 kononnya daripada seorang wanita tetapi tidak dihiraukannya kerana curiga.

“Selepas itu, ‘wanita’ itu menghantar lagi beberapa kali SMS dan mencabar saya untuk menghubunginya menyebabkan saya terus menelefonnya dan mendengar suara seorang wanita.

Hentikan jualan! PIHAK berkuasa merampas bihun cap Kucing di pasar raya


Oleh Mohd Fadly Samsudin, Yusliza Yakimir Abd Talib dan Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Selain bihun Cap Masjid, sebuah kilang di Jalan Ipoh, di sini yang disita kelmarin, turut mengeluarkan produk itu menggunakan tiga logo lain iaitu cap Kucing, Kambing dan Timun.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahyuddin mengarahkan semua peniaga menghentikan penjualan keempat-empat jenama berkenaan di pasaran.

“Kita tidak dapat memastikan berapa luas penjualan semua jenama bihun dikeluarkan oleh kilang berkenaan, namun kita akan melakukan pemantauan berterusan di premis lain.

Lelaki Berbahaya, Pengganas paling dikehendaki AS ditahan


 

FOTO yang dikeluarkan oleh Pejabat Maklumat Polis Filipina di Manila menunjukkan Khair Mundos, pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat ditahan polis negara itu, hari ini. - Foto AP MANILA: Pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Khair Mundos ditahan di sini hari ini selepas diburu selama beberapa tahun.

Amerika Syarikat sebelum ini menawarkan hadiah setengah juta dolar bagi menangkap anggota militan berkenaan.

Padah - Video Pelajar ‘Pailang’ Makan Diri !



 


Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Kota Samarahan, sudah lengkap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi berkata satu kertas siasatan dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Katanya, tiga suspek pelajar tingkatan empat ditahan untuk siasatan lanjut dan sudah dibebaskan dengan jaminan.

Add caption


“Siasatan lengkap sudah dijalankan dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan yang dijangka dilakukan minggu ini. Kes ini berlaku bulan lalu tetapi baru dimuat naik di Youtube dan tersebar,” katanya.

Menurut sumber pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini itu dibelasah tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama. Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama. -Hmetro

Tuesday, 10 June 2014

Ibu menderita selepas disuntik oleh doktor selepas mengadu sakit

Add caption


Ibu Zulkurnain kini menderita kesakitan selepas tangan kirinya bernanah akibat jangkitan kuman selepas menerima suntikan.

IPOH – Harap kesihatan ibu pulih tetapi sebaliknya berlaku.

Rasa kesal membelenggu seorang anak selepas ibu yang dihantar ke sebuah hospital di sini untuk mendapatkan rawatan susulan selepas mengadu lemah badan kini merana kesakitan selepas tangan kirinya dijangkiti kuman sehingga terpaksa dipotong tiga jari.

"Kesakitan menjelma semuanya selepas menerima suntikan daripada seorang doktor!" Itu luahan kesal Zulkurnain Jamal Hatun, 33 ketika ditemui Sinar Harian.

Zulkurnain mendakwa, ibunya, Zainap Mat Ghani, 72, kini kesakitan akibat mengalami luka serius di tangan kiri sejurus menerima beberapa suntikan daripada seorang doktor yang merawatnya, 20 Mei lalu.

Disahkan Bihun cap masjid tiada sijil halal Jakim



< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Monday, 9 June 2014

Maruah Tergadai, Wang Lesap Akibat Kekasih



Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.

Bagi Pelakon Muda Erin Malek Tidak Malu Dan Tidak Kisah Kata-Kata Orang Walaupun Berpakaian Murah Tetapi Nampak Kemas Serta Cantik


Erin Malek Tak Malu Pakai Baju Murah



 

Jarang kita lihat Erin Malek berpakaian sederhana tetapi cukup elegan untuk sesebuah acara pelancaran filem. Baru-baru ini, pada pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Di TGV Sunway Piramid, Erin tampil dengan gaun sederhana pendek tanpa lengan beserta rantai. Cukup stail dan sempurna buat si cantik ini. Orang kata ‘less is more’.

Majlis Perkahwinan Menjadi Majlis Yang Paling Malang Buat Pasangan Pengantin Tersebut

Tanggung Malu Di Majlis Perkahwinan



Seorang pengantin dari Kampung Kurnia, Kluang, terpaksa menanggung malu apabila sajian hidangan untuk majlis perkahwinan didakwa dihantar lewat ketika majlis berlangsung, Sabtu lalu. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hawa, 22, tidak menduga katering yang ditempah sejak enam bulan lalu itu akan berbuat demikian kerana bayaran sudah diselesaikan Disember lalu.

Menurutnya, malah sebelum majlis berlangsung pihaknya sudah menghubungi katering berkenaan untuk mengetahui sama ada persiapan berjalan lancar atau sebaliknya. “Dua hari sebelum majlis, kami ada telefon, tetapi tidak diangkat kemudian pihak katering datang ke rumah dan maklumkan segalanya berjalan lancar. Walaupun, sebelum ini kami sekeluarga ada juga terdengar pihak katering hantar lewat sewaktu majlis berlangsung, tetapi apabila ditanya pihak katering memberi jaminan mereka akan tepati masa. Sabtu itu (31 Mei), katering berkenaan mempunyai lebih kurang tiga tempahan majlis perkahwinan di Yong Peng, Segamat dan di tempat kami.

Sunday, 8 June 2014

Fara Fauzana - Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Kini Tampil Dengan Imej Bertudung Walaupun Dapat Kritikan Peminat


Berubah bukan sebab kekasih


Mula berselendang sejak empat bulan lalu, Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) tujuh kali berturut-turut, Fara Fauzana, tampak semakin selesa dengan imej berkenaan.

Ketika dirinya mula melakukan perubahan pada penampilan diri, ke arah yang lebih baik, ada juga kritikan dilemparkan. Kononnya, kenapa wanita ini tidak mengenakan hijab dengan sempurna, sebaliknya bahagian lehernya masih lagi terdedah? 


Biarpun sedar imejnya mengundang kritikan, penyampai radio Hot FM itu mengakui beliau tidak sedikit pun terasa hati dengan kata-kata sedemikian.