Sunday, 22 June 2014

‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’ ibu kepada remaja (OKU) yang dikurung berkata


‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’


Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria, Ikram Ismail

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.


Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ibu direman empat hari untuk siasatan kes remaja orang kelainan upaya (OKU) yang dikurung sehingga kering



Ibu direman empat hari


Oleh Nurul Huda Kosnon

Nilai: Seorang wanita yang dikenali sebagai Lola, 40, iaitu ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Nilai, semalam, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ibu remaja terbabit akan direman empat hari sehingga Rabu ini.


"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak, Nilai bagi mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.

Saturday, 21 June 2014

Pelacur jalanan cilik untuk peminat bola...


Pelacur jalanan cilik


Susunan Siti Salmiah A Hamid

Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu.

Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran.



PELACUR kanak-kanak mengerumuni dua pekerja amal dakwah.

Seksa akibat tercekik telefon bimbit - jadi bahan lawak plak


Seksa tercekik telefon bimbit

Klerksdorp, Afrika Selatan: Insiden seseorang menderita kerana tercekik memang bukan sesuatu yang aneh, tetapi apa yang berlaku di Afrika Selatan ini boleh dianggap luar biasa.

Satu rakaman video dimuat naik di Internet menunjukkan sepasukan kakitangan perubatan berusaha mengeluarkan objek besar - yang kemudian dikenal pasti sebagai telefon bimbit - dari tekak seorang lelaki malang.

Video dirakam di sebuah hospital di Klerksdorp itu menunjukkan lelaki terbabit terbaring dan sukar bernafas ketika doktor menggunakan penyepit besi menarik objek yang menyekat kerongkongnya itu.

Tanpa mengetahui apa sebenarnya objek berkenaan, pasukan perubatan yang bertugas jelas terkejut dan tidak kurang juga ada gagal menahan ketawa apabila mendapati ia adalah telefon bimbit.

‘Syukur ini rezeki saya’ kata Yatt Hamzah

‘Syukur ini rezeki saya’

Oleh Nor Akmar Samudin

Dilamar pihak TV3 untuk mengacarakan program Al-Hidayah bagi mengganti pengacara sebelum ini iaitu Wardina Saffiyah adalah peluang tidak diduga buat Yatt Hamzah.

Lebih-lebih lagi apabila dia hadir ke uji bakat program agama itu dalam keadaan tidak begitu bersedia kerana kesibukannya menguruskan butik miliknya Suci by Yatt Hamzah dan menghadiri program lain.

“Mereka yang panggil saya untuk mencuba nasib dalam uji bakat itu dan dalam kesuntukan waktu saya tidak dapat membuat persediaan selengkapnya. Saya memang tak yakin lebih-lebih apabila melihat orang lain yang turut mencuba nasib semuanya hebat-hebat belaka.

Perkahwinan yang paling singkat


Perkahwinan paling singkat


Oleh Norhayati Nordin & Ridzuan Abdul Rahman

Pertemuan dan perpisahan adalah sinonim dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan soal jodoh yang sukar diramalkan.

Apa yang pasti, walau apa pun berlaku kehidupan harus di teruskan. Selagi masih hidup pencarian ‘cinta’ takkan berakhir.

Meskipun perkahwinan dibina ternoktah dalam tempoh singkat, pandangan ke arah yang positif dan sentiasa ingat bahawa kebahagiaan yang berakhir dengan perpisahan itu tidak selamanya berterusan gagal.

Kalau dilihat pada kehidupan bintang dan selebriti Hollywood, ‘cinta’ pada mereka bagaikan tiada apa-apa makna dan yang patah itu dengan mudah diganti baru.

Jaja cinta lagak pegawai jerat mangsa kahwin


Jaja cinta lagak pegawai

Oleh Salman Hamat dan Azma Razana Johari

Nibong Tebal: Harapan seorang guru sekolah agama berumah tangga lebur apabila kekasih disangka bakal menjadi teman hidupnya menjeratnya hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM40,000 akibat dikikis lelaki pisau cukur berkenaan.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan mula berkenalan dengan lelaki berkenaan melalui laman sembang sosial WeChat sejak lima bulan lalu dan jatuh hati dengan kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menyedari mangsa mula kemaruk cinta, suspek mula memasang perangkap termasuk mencipta alasan mempunyai beban hutang yang perlu dilangsaikan, sekali gus kerap meminta wang dan mengikis wanita terbabit.